Tuesday, November 16, 2010

dadali-di saat aku mencintaimu ~ letter for him~.wmv

.....
Ni salah satu cara nk bagi surat..act...this surat belong to 'her' and bnda nie ditujukan kepada si 'him'..
so...for mr.F just take a look and enjoy.. (sambil isap nusantara...) haha

Thursday, September 9, 2010





Assalamualaikum ...pejam celik da sebulan kita tunai kan ibadah puasa..da tiba masa kita meraikan dengan menyambut bulan syawal yang mulia..aku,Qat ingin mengucap kan selamat hari raya kepada semua sahabat andai yg mengenali aku..andai aku terkasar bahasa or terkasar tindakan yg mengguris hati korang..aku harap dapat dimaafkan zahir dan batin..dengan ucapan tulus ikhlas dari aku.. SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN DENGAN PENUH KERIANGAN.. 


    ingatan tulus ikhlas                                                  


MOHD QATRUN AFIQ BIN JAAFAR

Thursday, August 26, 2010

Jom mandi

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

klau da jodoh..


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

SAHABAT vol 2



 semua...bertemu lagi kita ya..hahaha...fuh..letih beb..bulan pose la katakan..hahaha...ermm~bebalik cter kita dulu dulu...pasal SAHABAT...
erkk..bukan aku da cter ker dulu??bodoe nie...hahaha..x per2..klau dulu kiter cter ape kebenda sahabat ni kan...adakah sejenis makanan yg boleh di kunyah2?ataw sejenis makhluk yg mengerikan.. waw..skang nie aku nk open story pasal sahabat,,tapi bukan berkaitan antara dua hala..tapi tiga hala...iaitu CINTA DAN SAHABAT...hahahaha.. 
 



Ok der..korang penah x minta kapel ngan mmber korang sendri...maksud aku mmber berlainan jantina yerk..Ok kdang2 kita x dapat melawan perasaan hati yg bergelora (perghh..cam haram punyer ayat) ni..ngan member pun kita leh jatuh hati..skang nie..katakan korang berkawan selama 1 tahun..perangai pun memasing da taw..tiba2...korang nk jalin kan hubungan serius..korang agak2 berjaya x???
HAaaa..korang jgn x taw..kadang2 biler kita da biasa berkawan,cara kita masa kita berkawan ngan cara kita masa da kapel akan berubah secara slow2..sebagai contah..masa berkawan korang memasing x kisah..lantak la nk wat pe pun..as long x wat benda salah...tapi biler kita da jalin kan satu hubungan like kapel nie...korang masih boleh ker beranggapan begitu??aku rasa hmpir 40 % jerr yg boleh..yg laen sumer kantoi..

bukan aku bangkang tapi aper yg aku nk tekan kan kt cini...kawan tetap kawan..biler kita nk convert jadi pasangan seharusnya toleransi antara dua pihak amat diperlukan...klau x der,,alamat ilang lagi mmber..
beb...klau kisah aku la kan...aku penah serius nk jalin kan hubungan ngan sorang minah nie..aku sayang dier beb..tapi dier cumer boleh trima aku sebagai kawan..tapi aku berdegil gak aku nk tunggu dier..rata2 yg mmberi pendapat akan berkata "weh..wat per nk tunggu..ramai lagi boleh cari..dier nk kawan jer..."..Kadang2 aku lupa untuk aper aku menanti org yg x sudi..aku korban kan life aku untuk life yg x tntu aku dapat..beb...ikut hati aku nk blah jer..but....i love her...n really wait her..bia la aper org nk kata...jnji aku taw aku buat aku yg dapat hasil..klau aku x dapat pun at least pengalaman masa penantian nie pun mnjadikan aku lebih matang..beb kata belajar dari pengalaman..Assalll la~

wah..lari tajuk da nie..hahaha...ok...antara cinta ngan sahabat...antara kekasih dengan sahabat...antara korang dengan sahabat berkaitan kekasih..(cinta 3 segi ker,awek kena rembat ker,dan seumpama dengan nya)...mana satu korang penah lalui..aku pecaya kebanyakan mesti pernah punyer..hahaa..dan bagaimana cara korang nk selesaikan sesuatu masalah berkaitan seperti di atas.Aku percaya lagi..mesti ader yg terpikir untuk melakukan satu tindakan yg x masuk akal...seperti bunuh diri..
 



 Beb..jangan buat bnda gila..klau da gila sgt pun..aku rasa masih ader jalan lagi kan..aku pun penah gak jadi cmtu..p x der la smpai tpikir nk wat bnda haram tuh..ermm...cara korang nk handle sesuatu masalh nie...aku rasa nnti la aku bg taw...bukan aku sorang jer taw jawapan nie..korang pun myb da taw..p nnti2 la aku x plain..aku nk g mkn...lapo..  



 bye sumer..salamm....

Monday, August 23, 2010

LeE ...?!

Huahua8..
bley la glak lu ea..
SALAM TUK SEMUA YANG FOLLOW..
aq bru na blaja menaip ni..
lau de slh jgn la mawa... wakakka~
ok.. papehal pon jgn tnye aq npe tajuk nye mcm tu..
coz aq pon xtao na ltk tajuk pe..
wee~ bleykn mcm tu.. ekekeke~
pe aq mrepek ni.. aq pon xtao da...
pe yg aq na smpaikn kt sini pon da lupa da...
xpe la.. len kali je la aq tulis balik kay~
hua8.. SALAM~

sahabat vol 1

Act aper itu SAHABAT? org slalu kata sahabat tu lebih kurang mmber baek,kamcing,sekepala,ape2 lagi la..cam adik bradik pun ada gak yg kata...erm...bagi aku..Sahabat cume status seorang kawan..Kawan mcm2 jnis kawan ader..kawan mkn kawan,kwn ngorat kawan,kwan ngorat awek kawan pun ader..tapi kan penah ke kita dgr sahabat mkn sahabat??cam pelik jer bunyik.x sesuey gitu haha..bagi aku sahabat nie sama mcm kawan tapi yg mmbezakan sahabat dan kawan adalah bagaimana penerimaan dan hubungan antara semua opss!!aku bukan ckp psl hubungan sulit yer..ampess..

Ermm..sebagai contoh..kita slalu dgr kawan sggup berkorban aper saja tuk kita..tapi sejauh mana kebenaran nya beb??klau ader yg buat its ok...mmg kita bangga dapat kawan cmtu..tapi yg jenis cakap lebih..buat tak jugak...yg nie boleh menimbulkan pelbagai masalah.klau senyap pun smpai biler..kita bukan patung..kan kan..
ada gak yang sggup wat pe sajer...tapi org yg menerima langsung x amek kisah..ni pun x taw aper masalah..x leh la beb.klau kita menerima sesuatu dari org...klau x blas pun x kisah beb..tapi sekurang kurang nyer kita hargai la pengorbanan mmber sorang tuh..klau x dier saper lagi nk mnta tlg beb??

Haa...ni best..pasal CINTA...aku klau bab nie..idup beb...pengalaman byak mgajar..walaupun x byak tapi sekurang2 nyer aku taw...heehehe..CINTA vs KAWAN.......semua bab nie berkaitan satu jer..HATI..aper..korang igat mmber korang x der hati ke??

 



Slagi nama pun manusia sumer ader hati beb..so jaga2 hati dua2..klau nk cter bab nie..berjela beb..x per..len kali aku tulis lagi..kt opis nie..nk sambung wat laporan..hahaha ..pepehal pun..aku bangga ader mmber aku yg sedia ada...THANKS SAHABAT...korang nie mmg gila la beb..k la..t ader masa aku tulis lagi..

salam bye..

Sunday, August 22, 2010

PaAN Dan Lee..?

Tajuk jew cam ni tp jangan anggap gay kayh... Kisah aq dgn Lee ni masa aq baru jew pindah kew Puchong. Masa tu aq baru form 4. Dak school lagi. Aq jumpa dengan Lee dekat cc(yang telah menemukan semua ahli kelab Knight Of The Square Table). Tapi ada satu perkara menarik masa tu. Aq dengan Lee ni satu skola,tapi x pernah jumpa sbb aq baru masuk skola 3 hari. Pastu aq ponteng. Kebetulan jumpa lak si Lee ni yang tgh ponteng skola..! Haha... Sejak dari ari tu kitowang jadi kenalan. Tapi masih ada punca yang menyebabkan kami jadi sahabat. Yang tu nanti aq akan post. Sbb aq malas la nak campur aduk. Nanti pening nak baca. Papew hal pon sbb aq ponteng ari tu sbbkan aq jadi rapat dengan Lee. Dan aq nk ucapkan semoga persahabatan kami kekal sampai bebila. Buat sahabatku Muhammad Nur Fadhli Bin Ramlan.

Qat & Pjg

Pertemuan bermula dekat sekolah.hahaha..masa tu memasing umo 13 taun..(form1 la katakn..)..jumpa pun masa time masuk badan uniform....aku igt lagi masa tu aku yg x knl sesapa termasuk si pjg nie(dulu pendek jer beb..slalu mkn kcang pjg kot..)..secara kebetulan plak dier pun masuk kelab yg sama ngan aku...kelab hoki..huhu...so dari situ aku kenal smpai la kitorang rapat..pasal rpat pun aku x taw...myb sebab umah kitorang dekat..(merngkak pun ley smpai.tapi lama skit la..baik jalan cam normal..)kitorang punyer rapat sampai family dier pun aku da ley aggap cam family no2.punyer la rapat sampai ader atu masa tu aku xcident pun ngn dier...tapi ader sorang lgi masa tu..hahha...nasib bek x kojol sesama..umo pjg...alhamdulillah..hahaha...kesan xcdent tuh aku dapat parut 'best' kt bawah mata..masa tuh dier ngah join plkn.cian dier wat latihan dalam keadaan sadis gak la..hahhaha..sori ma pren..heeheh..tapi kenangan terbest aku ngan dier masa tuh aku,dia dan 3 org lagi mmber team nie lpak kt seremban..masa tu aku g dting ngan 'cewek' aku...adat dating la beb..x kan smpai nk bwak stu kg beb..xder privacy la kan..hahaha....so dorang nie aku tggl kan terkontang kanting...mana x nyer..semua spot baek kt ctu sumer ngah renovate..hahaha...tapi yg aku trasa hepi sumer mmber aku jnis memahami.(walaupun aku dgr kisah ader yg mengarut2 time tu)hahaha..ermm btw dalam byak2 mmber aku..dier nie jer la SAHABAT aku yg pling lama or senang cter pling aku pham..hahaha..yg laen tu lmbt skit..heehehe..pepehal pun thanks to mmber aku nie MOHD HAFIQ BIN ZAILAN (PJG)..sebab sudi jadi sahabat aku time susah dan time senang...ikhlas dari MOHD QATRUN AFIQ B JAAFAR (QAT)..


KoST dan kenapa???

SEJARAH KNIGHTS OF THE SQUARE TABLE?

Ditubuhkan pada tahun 2006 dengan hanya sebanyak 4 orang ahli kekal sehingga sekarang.Tiada nama tetap yang diberi sehingga  pada tahun 2009,kumpulan ini menyatakan sebuah nama iaitu Kumpulan Hu-Ha (sebab selalu meng'hu ha' kan diri x kira dimana berada).Pada awal 2010 nama kumpulan ini telah ditukar semula dan keputusan tetap telah diambil oleh semua ahli kumpulan dan bersetuju untuk menubuhkan Knights Of The Square Table???


Visi
Menerapkan sifat berkerjasama dalam setiap ahli dan mengharungi masalah dan rintangan bersama-sama tanpa mengira susah atau senang.


Misi
Memberi kehidupan yang lebih cemerlang dan sihat untuk semua ahli.

Ahli Kumpulan Asas.

Ahli Knights Of The Square Table?yang awal adalah :

1)En. Muhammad Nur Fadhli Bin Ramlan
2)En. Muhammad Qatrun Afiq Bin Jaafar
3)En. Hafiq Bin Zailan
4)En. Mohd Farhan Bin Mazlan.

Mereka ini banyak membantu dalam proses menubuhkan Knights Of The Square Table?

p/s: beb gua x caya beb...ader gak discription cmni..wateva..kitorang x peduli pun...act ini bkan satu pertubuhan..yang tulis semua ni adalah ahli group nie gak..x sgka rajin beliau menulis..hahaha..sori yer kengkawan..kakaka..

Saturday, August 21, 2010

The FiRsT SteP...!!!

 Salam....hallo eberybadi....eh...ader org x nie??hahaha...wateva...act aku nk bg taw kt korang nie...kami da ader blog...hahahah (gelak gaya orang kaya)..Sebena nya blog nie pun x der la hebat sangat..x mcm kebayakan blog yg laen la..hahaha..disini la kisah KAMI dari time 'muda2' smpai la skang nie...ermm..asyik blog pasal hal sendri jer kan..blog ni adalah berkaitan kisah satu PERSAHABATAN..dari masa seronok,sedih (ada gak la skit2).sampai la pasal percintaan (opss!!)...Ok der...pepehal pun segala kisah adalah dari pengalaman kami dan mane2 trasa tuh..sori la yek..x taw plak kisah kita sama..hahaha..yg buruk tuh x yah la ikut..kutuk pun jgn la..klau yg agak2 boleh pkai..sila2 la..x per...ingat mengingati amalan mulia.. byee!!!